Wednesday, February 11, 2015

corak hati.

Bismillah.

linangan air mata. saat pulang dari kerja, mengenangkan semua yang berlaku di tempat kerja, hari-demi hari, tiada perkataan yang dapat menggambarkan, melakarkan apa yang dirasai. Allah, andai inilah ujian yang paling kuat Kau beri untukku, akan tetap aku tempuhi. Akan tetap aku perjuangkan. Dari bawah aku mula, andai aku rebah, saat itu juga akan aku cari kekuatan untuk bangkit semula. Aku tahu duhai Tuhan, ini hanyalan 'cuitan' yang Kau beri untuk menguji keikhlasan hati para hambaMu. Tidak ada satu pun ujian yang Kau beri itu, sia2. Kau takkan uji HambaMu sedang Kau tahu kemampuanNya.

Hanya pada Tuhan, kupersembahkan segalanya. Walaupun 6 bulan telah berlalu, keperitan demi keperitan, aku lalui. Sungguh, inilah ujian yang benar2 sakit. Jika diiukur menggunakan pembaris 'pain score', markahnya adalah 10. ya. sepuluh. Jika ada pilihan double digit melebihi itu, akan ku pilih semaksimum mungkin. sakit. tiada kesakitan yang lebih perit dari ini.

peritnya berpisah dengan mak ayah, perit lagi kesakitan bernafas di tempat kerja, Allahu. Moga Kau redha, moga Kau terima amalanku. Kerja itu ibadah. berbuat kerna Allah. LILLAH.

dipulau, diherdik,diumpat,dimaki, dipermalukan depan orang ramai. Allahu. Tuhan saja yang mampu merasai keperitan. aku, berusaha semampu mungkin. megubah diri. mungkin semua ini bermula dari diriku sendiri. namun, setelah sekian lama, sedikit demi sedikit, Allah 'tunjukkan' FLOW yang sebenar. Tiada yang lain yang mampu untuk berbuat selain SABAR.

                                    Dan kerana TuhanMu, BERSABARLAH! (47:7)

Perit, sakit, tertekan, stress, depress.sesak dada.tak terhitung sudah air mata yang jatuh.peritnya, sekali lagi.TUHAN SAHAJA YANG TAHU.

pesanan dari Murobbiyah

"ini hanyalah 'cuitan' dari Allah'

ikhlaskan niat.
bermujahadahlah!

saat smorg memandang 'pelik' terhadapku.termasuklah MO & SPECIALIST.Allahu, Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa.ya, mengaku sahaja.aku ini kurang pandai.memanglah tidak.dari ward biasa ke unit rawatan RAPI.mana mungkin budak berusia 6 bulan, kepandaiannya sama seperti budak belasan, malahan puluhan tahun. :'(

aku harus terima semua ini.
tidak boleh sama sekali goyang kaki.
harus bangun untuk berjaya.
Aku ini Muslim. mana mungkin seorang Muslim jatuh dalam lubang yang sama pada satu masa.

segala kekuatan datang dari Allah.
namun ia takkan datang bergolek.
diri sendiri yang harus kuat.
jaga mutabaah.
jaga hubungan dengan Tuhan.

solat.
tilawah.
mathurat.
tahajjud.
istighfar.
dhuha.
puasa.

jaga.jaga.jaga.

"stop worrying and start living"

No comments:

Post a Comment