Wednesday, June 15, 2016

#dia

Bismillah.

Alhamdulillah 'ala kulli nikmah.
Masih diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup Iman, Islam dan yang lebih buat aku bertuah adalah nikmat berada dalam jalan dakwah dan tarbiyyah.

10 Ramadhan 1437H

Allahu,
sungguh, aku merasakan bahawa Ramadhan ini sangta mencabar.
mencabar dari segi mujahadah untuk melawan hawa nafsu, untuk menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas.

Jujur aku katakan,
Impaknya seorang sahabat yang saling mengingatkan,
Saling mem'booster'kan dan yang paling aku merasa bertuah adalah, sahabat yang tak pernah meninggalkan aku saat aku tenggelam dalam maksiat. Dia lah yang menyedarkan aku dan menggapai semula tanganku sedang aku dalam kelemasan.

Menitis air mata saat pulang dari menghantar akhwat ke pejabatnya.
Merasakan diri penuh dosa.

Aku ini daei ?

Allahu,
Akulah yang paling banyak dosanya.

Layakkah aku menggelarkan diri sebagai seorang daei sedang 10 muwassofat tarbiyyah pun belum cukup teguh dalam diri. :(

sejauh mana kita, sebagai seorang ditarbiyyah, meletakkan syukur kita terhadap taufiq dan hidayah yang Allah bagi kepada kita?? Nikmat tarbiyyah yang tak semua orang dapat merasai.


No comments:

Post a Comment