Monday, March 2, 2015

sahabat ramadhan

bismillah,

baru sahaja menerima panggilan darinya, dia, yang jauh di sana,
turut di uji dengan sesuatu yang di luar jangkauan.

sahabat,
Allah mahu kita kuat,
tetap sahaja bersangka baik denganNya,
teruskan kehidupan,
kerna,
rahmatNya terlalu luas
untuk kita menyempitkan hati kita
dengan persoalan-persoalan
"kenapa aku diuji sebegini?"

perancanganNya terlalu halus,
kadang dia tak memberi apa yang kita mahu,
namun,
dia memberi apa yang kita perlu.

saat diri merindu,
saat itu juga kau memberi balas,
atas kasih Tuhan,
aku bersyukur atas nikmat kuniaan ini.

moga terus tsabat,
andai ada yang tergelincir,
tolong pimpin dan pegang erat,
perjuangan kita tak pernah selesai,
kerehatan kita di sana,
masih banyak yang perlu kita korbankan.

harta,perasaan,pangkat dan darjat,
korbankan segalanya,
demi Islam,
demi Allah,
demi dakwah yang kita cinta.

doaku senantiasa ku titipkan buatmu,
moga Allah pelihara Imanmu di sana,
moga bahagia di sana.

aku kini sedang lemah,
Allah kirimkan engkau untuk aku lebih kuat,

pergantungan kita hanya padaNya,
tetaplah kita,
sama-sama menjaga hubungan denganNya.

walau di sini,
kurang masa untuk bersua,
tunggula sahabat,
ada singgahsana yang Dia sediakan, biiznillah.

Janji Allah itu pasti.
Allah,
moga Kau redha atas apa yang kami perjuangkan.

kami ini lemah dan hina,
namun,
itu bukan alasan untuk kami tidak bangkit.

syurga bukan angan-angan,
tapi ianya cita-cita,
tujuan hidup kami.

moga Allah redha.
redha,
redha,
dan
REDHA.

biiznillah.

No comments:

Post a Comment