Sunday, January 25, 2015

kereta dakwah.

bismillah.

Alhamdulillah, dengan inzinNya, diberi kesempatan waktu untuk menguraikan entry yang dah lama terperuk di ruangan 'draf'. kesibukan bekerja, (kerja hakiki dan kerja-kerja dakwah) membuatkan jari jemari terasa kejang dan terpaku. lama rasanya meninggalkan ruangan ini. harini, tiba-tiba diberi kekuatan, pulang sahaja dari  kerja (sesudah tamat shif malam), mencurah-curah idea untuk menulis. sudah melimpah agaknya, segala rasa yang terpendam di hati. terpaksa diluahkan. aku, menggunakan ruangan ini sekadar untuk berkongsi rasa. moga Allah redha. biiznillah, iA.

kereta dakwah.
inilah impian yang aku tanam semasa aku mula ditarbiyyah.
melihat murobbiku, berhempas pulas, menggunakan duit biasiswa untuk membeli sebuah kereta untuk medannya.
sungguh, aku kagum,
saat itu, semangatku untuk cepat grad dengan jayanya berkobar-kobar,
ingin aku gunakan seluruh harta yang aku ada untuk jalan dakwah ini,
kerna aku tahu,
aku bukanlah yang terbaik dalam menyampai,
apatah menjadi yang terbaik dalam melakukan gerak kerja,
aku ini, masih banyak yang perlu aku pelajari,
masih banyak ruang kosong yang perlu diisi,
untuk mencapai kematangan dalam jalan ini,
untuk menjadi hambaNya yang terbaik,
masih banyak mehnah yang perlu ditempuhi.

Alhamdulillah,
harta ini,
aku beli setelah 5 bulan bekerja,
aku, dicampakkan, keseorangan, ditempatkan di kawasan yang tiada 1 akhowat pun di sana,
Allahu,
Dia sahaja yang tahu,
betapa aku sangat lemah saat itu,
namun,
untuk menamatkan usia tarbiyyah kerna keadaan sebegitu, itu mustahil bagiku,
bersangka baik, berdoa, berdoa dan terus berdoa,
agar Allah memberikan kekuatan.

orang pertama yang aku bertanya adalah murobbiyahku yang pertama,

"salam akak, ana mau beli kereta.ana mahu ke halaqah.motorsikal yang ana ada sekarang xmampu untuk bawa ana ke halaqah ke medan yang paling dekat."

"subhanallah.niat yang baik.pilihlah kereta yang terbaik, cari harga yang berpatutan, moga Allah permudahkan"

"baik akak"

:)

saat itu,
aku terus ke ruang pameran kereta yang ingin aku beli.
memilih kualiti yang terbaik,
supaya akhowat yang meminjam akan berasa selesa.
tahu sahaja, akhowat, akan berjaulah beratus-ratus kilometer untuk hadiri liqo'/syuro.

sejak itu,
itulah bura' yang membawa aku ke sana ke mari,
berulang-alik setiap minggu,
mengahdiri halqaha, syuro dan sebagainya,
penguat di kala Iman gersang,
hanya pada Allah tujukan syukurku,
tak terhingga...

keretaku kereta perang,
berperang,
untuk meluaskan medan dakwah,
menyebarkan fikrah,
membawa manusia mentauhidkan Allah.

Allahu,
moga Allah redha.

accident?calar?
argh, tu semua boleh dibaiki,
setiap kali berlaku semua tu,
bersangka baik dengan Allah,
ada saja jalan penyelesaian utk semua tu,
dalam masa yang sama,
Allah mendidik diri ini supaya jangan terlalu CINTA dengan harta dunia,
jgn sebab itu,
kau futur,
saat diri diuji sebegitu,
jangan kau mundur,
jangan lelah dan terus rebah,
Allah nak uji,
bersabarlah!

setiap ujian itu menguatkan.
Allah knows best.
moga terus tsabat di jalan ini,
bawa hati yang IKHLAS dalam melakukan setiap kerja-kerja dakwah.

bersangka baik.
positif.
berusaha untuk tingkatkan tarbiyyah dzatiyyah.
jangan pernah ada EGO dalam diri.

moga Allah redho.
biiznillah.

:)



No comments:

Post a Comment