Thursday, November 6, 2014

cinta.


Diriwayatkan, bahawa : Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.


Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.”


Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah” (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab “Az-Zuhd”).


Al-Hasan Al-Basri berkata: “Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa’at pada hari Kiamat nanti”. Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis: "Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu”


SAHABAT Ku, andai aku tiada di syurga bersamamu nanti .
Tanyakan pada Allah tentang ku.

source:switzerlove.tumblr

No comments:

Post a Comment