Thursday, July 3, 2014

tinta hati

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



saat ini,
rindu pada teman.

Tuhan,
saat ini aku menafikan,
kenapa aku dipertemukan dengannya.

bersamanya buat hati jadi senang,
jiwa sangat lapang,
tiap kali bersama,
buat diri lebih dekat denganMu.

betapa aku bersyukur dianugerahkan sahabat sepertinya.
sungguh,
tak pernah aku harapkan,
hadirnya seorang teman sepertinya.

namun,
ada yang sesuatu lebih mencuri perhatiannya,
yang buat dia hilang fokus dan membawa diri pergi.

saat itu,
aku lah yang harus kuat,
harus redha,
harus menerima dengan hati yang terbuka,
kerana aku tahu,
dia bukan milikku.

walaupun secara jujurnya,
aku tak mampu menahan.

menahan diri dari cemburu,
menahan diri melihat dia dilukai,

Allah,
rindu ini,
Kau sembuhkanlah.
sakit ini,
Kau ubatilah,

sungguh,
aku tak mampu menghadapi semua ini.
hanya mampu diluahkan dengan titis-titis air mata,

jujur,
berbicara tentang ini juga aku tak mampu,
buat luka lebih parah,
buat kecewa merajai jiwa.

aku tahu,
semakin kita mencintai,
semakin sukar untuk meninggalkan.

aku takut Ya Tuhan,
sungguh,
aku takut,
aku takut andai aku melebihkan cinta manusia
berbanding cinta kpdMu.

faghfirli Ya Allah.
-----------------------------------------------------------------------

persengketaan di awal Ramadhan.
buat diri rasa keruan,
tak tentu arah.
rasa bersalah.

hanya pada Tuhan aku serahkan segala ketentuan.
memijak ego,
aku mohon kemaafan.
moga itu adalah yang terbaik.

moga pertemuan selepas ini,
melakarkan bait-bait yang indah,
wajah yang manis ceria,
penuh dengan senyuman yang ikhlas,
buat hati tertawa gembira.
insha Allah.

aku,
mengundur diri buat seketika,
moga ini yang terbaik,
demi ukhuwwah yang berpanjangan hingga ke jannah.

teman,
aku mau kau tahu,
kehadiranmu buat diri rasa lebih kuat,
lebih kuat untuk terus berada di jalanNya,
hati riang gembira,
mau ke syurga bersama.

:)

mohon agar Allah padamkan semua kesedihan.

Tuhan,
kuatkan aku dan dirinya.

sungguh,
ukhuwwah ini hanya keranaMu.
tiada yang lain.

Tuhan,
perteguhkan Iman kami.
tuntun kami ke syurga FirdausMu.

andai dia mau bersama temannya di sana, aku redha.
moga mereka bahagia,
biar aku tahu,
tapi aku takkan melihat.
moga bidadari-bidadari di sana buat aku lebih terpesona
dan langsung membuatkan aku melupakan mereka.





No comments:

Post a Comment