Wednesday, November 27, 2013

alive

from fb ; ustz Hasrizal Abdul Jamil
Hari ini saya ditemuramah oleh wartawan Kosmo. Mereka mahu membuat liputan tentang adinda Ahmad Ammar.

Sukar sekali untuk saya ungkapkan apa yang saya tahu tentang Ammar. Terlalu sedikit. Istimewa di hati, tetapi terasa tidak cukup perisa untuk diungkap dengan kata. Seorang biasa yang luar biasa. Seorang yang tidak dikenal ahli Bumi semasa hidupnya, namun menjadi 'selebriti' di kalangan ahli Langit dan Bumi selepas matinya.

Dua jam temuramah berlangsung. Saya rumuskan bahawa jika ada anak muda terinspirasi dengan Ammar, maka bagi saya Ammar ada tiga keunikan:

1. SEORANG YANG SANGAT IKHLAS

Iaitu bahagian yang paling sukar untuk diungkap. Tetapi setiap yang mengenalinya tahu dan merasakan keikhlasan persahabatan seorang insan bernama Ahmad Ammar.

2. TIDAK MENGAMBIL JALAN PINTAS UNTUK BERDAKWAH

Ammar sentiasa berdakwah dengan dirinya, mungkin tanpa beliau sedari. Namun sasaran Ammar untuk berdakwah dan berbakti kepada ummah adalah dengan asas ILMU. Ammar mencari ilmu, dan bukan sebarang ilmu. Ilmu yang penting, tulen, dan cukup dukungannya, di sebuah negeri asing bernama Turki.

3. SOSIAL YANG BERJAYA

Ammar bukan nerd, bukan geek. Ammar insan 'normal. Ada manusia, untuk memenangi hati manusia, mereka belakangkan Allah. Ada manusia, untuk mendapat redha Allah, mereka belakangkan manusia. Ammar menjadi contoh manusia yang Allah redha, manusia pun suka.

Yang menangisi pemergiannya bukan sekadar keluarga dan rakan terdekat serta orang 'baik-baik'. Semua orang sedih dengan pemergiannya. Hatta yang tidak kenal pun rasa kehilangan.

Semua itu rezeki Allah untuk sang Syahid.

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" [Aal Imran : 169]

‪#‎letsfollowammar‬

____________________________________________________

bismillah.

Allahu,
sungguh,
kematiannya sangat memberi impak yg sgt besar
menghidupkan hati2 yg telah lama tidur
tidur yang amat lena.

ya, 
amat benarlah fiman Allah

......mereka adalah hidup (secara istimewa)....

walaupun x pernah kenal dan tak dikenali,
tapi
dapat menyentuh hati2 yg membaca ttg peribadinya.


subhanallah!







No comments:

Post a Comment